Siri anime Dragon’s Dogma akan tiba di Netflix pada 17 September

By Burhanudin Zamri | July 15, 2020

Netflix telah mengumumkan bahawa siri anime Dragon’s Dogma boleh ditonton di platform tersebut bermula pada 17 September ini. Siri anime tersebut diadaptasi dari permainan video yang berjudul sama yang pada asalnya dilancarkan pada tahun 2012.

Siri anime ini diarahkan oleh Shinya Sugai dan diterbitkan oleh Taiki Sakurai. Capcom merupakan pembangun dan penerbit permainan video Dragon’s Dogma dan dari pihak mereka, Hiroyuki Kobayashi dan Takashi Kitahara menyertai sebagai penerbit bersama.

Penulisan siri anime ini dibuat oleh Kurasumi Sunayama dan rekaan watak pula dilakukan oleh Iku Nisihmura. Studio animasi Jepun Sublimation bertanggungjawab dalam bahagian animasi.

Menurut sinopsis siri anime Dragon’s Dogma di laman web rasmi Netflix, ia akan mengikut jalan cerita yang sama yang dipamerkan dalam permainan video tersebut. Cuma kali ini watak utama diberikan nama Ethan dan watak Pawn yang membantunya bernama Hannah.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.