PMNC: Skuad PUBG Mobile wanita, Waisu Hera cipta kejutan pada hari pertama playoff

By Hazril Md Nor | July 17, 2020

Pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) wanita, Waisu Hera mencipta kejutan tersendiri di playoff Kejohanan Kebangsaan PUBG Mobile (PMNC 2020) yang mula berlangsung hari ini.

Mereka berhasil mendapatkan Winner Winner Chicken Dinner di peta pertama Erangel.

Dalam satu posting dimuat naik page PUBG Mobile, Waisu Hera berjaya mengenal pasti posisi terakhir bulatan dalam peta tersebut.

Mereka berjaya mendapatkan keseluruhan 7 mata bunuh dan 28 mata penuh bagi hari ini.

Sementara itu, di peta kedua, Marlino South pula berjaya membuktikan kehebatan Johor Darul Takzim dengan skor 33 mata dan 1 WWCD di peta Sanhok.

Perlawanan seterusnya untuk peta ketiga akan disambung semula esok bermula jam 1 petang di laman Facebook PUBG Mobile.

PMNC 2020 ini mengumpulkan 16 pasukan PUBG Mobile di seluruh negara merebut hadiah terkumpul RM100,000.

Lima pasukan teratas berpeluang berentap di Liga Profesional (PMPL) tak lama lagi.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.