Samurai Jack: Battle Through Time akan dilancarkan pada 21 Ogos

By Burhanudin Zamri | July 22, 2020

Adult Swim Games telah mengumumkan bahawa permainan video terbitan mereka Samurai Jack: Battle Through Time akan dilancarkan pada 21 Ogos di PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One.

Tarikh pelancaran tersebut diumumkan melalui sebuah trailer baharu yang dimuat naik baru-baru ini. Ia juga mempertunjukkan permainan judul tersebut dan nampaknya ia akan mengikuti jalan ceriti siri animasi Samurai Jack dari mula sehingga akhir.

Samurai Jack: Battle Through Time akan dijual pada harga US$39.99 (RM170) dan pemain PC sudah boleh memasukkan judul ini ke dalam wishlist mereka di Steam.

Permainan video ini didedahkan pada akhir bulan Februari dan ia dibangunkan oleh Soleil Games.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.