Mobile Legends: Skin Summer Festival Nana dan Angela kini boleh didapatkan

By Hazril Md Nor | July 22, 2020

Skin musim panas bagi Angela dan Nana, dua karakter dalam Mobile Legends: Bang Bang kini boleh didapatkan di stor.

Dengan harga 524 Diamonds (30% diskaun selama 6 hari) bagi setiap satu, pemain boleh menggunakan kostum Nana dan Angela yang bercuti di pantai dan menikmati musim panas. Skin ini mempunyai pengubahsuaian efek dan animasi.

Sebagai contoh, Angela punya kuasa pertama berubah menjadi air berwarna biru dan ultinya berbentuk itik jika memasuki hero. Bagi Nana pula, dia akan membaling topinya sebagai boomerang dan ultinya juga bertukar warna biru (bagaimanapun Molina kekal seperti biasa).

Selain itu, pemain boleh mendapatkan bingkai avatar edisi terhad sekiranya rakan anda menghantar salah satu skin ini atau sekiranya anda mempunyai kedua-dua skin tersebut.

Sebelum ini, Fanny dan Claude mempunyai skin Summer Carnival.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.