MPL: Red Bella Ciao dan Team SMG layak ke musim liga

By Hazril Md Nor | July 26, 2020

Dua pasukan Mobile Legends negara, Red Bella Ciao dan Team SMG layak ke musim liga MPL Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Keenam selepas meraih mata 2-0 dalam kedua-dua set perlawanan sebentar tadi.

Bella menentang pasukan Icon dan berjaya raih 2-0 manakala Team SMG menundukkan Ezzy MY dengan skor yang sama.

Sementara itu, Moonton baru saja umum pasukan jemputan terus iaitu Geek Fam, Resurgence, Team Bosskurr, Todak, Orange Esports dan EVOS SG.

Bagi kelayakan pasukan Singapura, Forsaken dan Divinity Esports layak ke musim liga.

Foto: Mobile Legends Bang Bang