Pemain bintang CS:GO Team Liquid, nitr0 dikatakan akan berpindah ke VALORANT

By Hazril Md Nor | August 12, 2020

Bekas pemain profesional Counter Strike: Global Offensive, Nicholas ‘nitr0’ Cannella dikatakan akan berpindah ke VALORANT, lapor ESPN.

Difahamkan, pemain Team Liquid itu direhatkan pada awal Ogos sebelum berita ini diumumkan. Ini bermakna mungkin proses penukaran itu sudah lama difikirkan. Yang paling menarik, beberapa pasukan profesional lain di Amerika Utara sudah menghubungi Nitro dan berminat untuk memasukkan beliau ke roster mereka.

Nitro sebelum ini pernah memenangi IEM Grand Slam pada 2019 dan di bawah Team Liquid juga, beliau mengetuai pasukan itu di kedudukan pertama HLTV dalam ranking dunia sepanjang perjalanan mereka pada tahun lalu, memenangi enam kejohanan tier-S pada 2019.

Selain beliau, Hiko, Skadoodle dan ScreaM juga beralih dari CS:GO ke VALORANT.

Permainan video FPS keluaran Riot Games mungkin baru dua bulan dilancarkan namun sudah mengumpulkan begitu ramai peminat di seluruh dunia. Buktinya, tontonan di Twitch meningkat sejak awal keluarannya dan banyak juga kejohanan e-sukan dianjurkan. 

Baca penuh kenyataan Team Liquid di laman web rasmi mereka. Sangat menyentuh hati.

Sumber: ESPN

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.