Shroud jawab persoalan peminat yang mengatakan beliau akan berpindah ke VALORANT

By Hazril Md Nor | August 24, 2020

Baru-baru ini, ramai pemain Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) yang berpindah ke VALORANT untuk bertanding secara kompetitif. Michael “Shroud” Grzesiek juga tidak terkecuali dari berita ini.

Ramai peminat yang ingin tahu jika penghibur penstriman langsung sepenuh masa di Twitch ini akan berpindah ke VALORANT.

Bagaimanapun, Shroud baru-baru ini mengatakan dia hanya akan bermain tapi sebagai stand-in.

“Adakah saya akan menyertai sesebuah pasukan VALORANT jika mereka perlukan saya? Ya. Jika ada seorang pemain tak boleh main dan kemudian saya perlu ganti, saya boleh. Saya tak kisah,” 

Tapi Shroud mengatakan dia tak akan jadi pemain tetap bagi sesebuah pasukan VALORANT itu.

“Saya takkan pernah sertai pasukan. Tapi saya sentiasa buka peluang menjadi pemain kelima atau jika mereka tiada orang — dan perlukan pemain ganti,” katanya. 

Komen tersebut dilihat menimbulkan reaksi pelbagai dari peminat yang ingin menyaksikan pemain kegemaran mereka ini bertanding di peringkat tertinggi.

Dia berminat untuk bertanding di arena kompetitif tapi dengan pemikiran untuk menjadi pemain profesional VALORANT sepenuh masa, mungkin belum masanya lagi.

Sumber rujukan: Dexerto.com

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.