PUBG Mobile: Kemaskini 1.0 – 76% kurang lag, 30% peningkatan frame rate dan banyak lagi

By Hazril Md Nor | August 25, 2020

Komuniti PUBG Mobile tanah air boleh bersorak gembira apabila Tencent mengumumkan kemaskini paling didambakan selama ini; kurang lag dan peningkatan frame rate.

Dalam satu pengumuman semalam, Tencent mengatakan kemaskini 1.0 itu dijadualkan pada 8 September ini dan ia akan membawakan:

  • 30% peningkatan frame rate.
  • 76% kurang lag bergantung kepada jenis peranti digunakan.
  • perubahan visual dan rekaan termasuk penambahbaikan pada skrin main lobby dan rekaan semula parachuting, larian dan pergerakan lain dalam permainan.

“Partikel, asap, flash apabila menembak dan penambahan interaksi pada skop membuatkan setiap tembakan tampak lebih realistik. 

“Terdapat juga penambahbaikan pada sistem pencahayaan dan tekstur untuk menampakkan flora, langit dan air seolah seperti di dunia nyata. Kualiti model karakter dan tekstur juga dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman permainan lebih realistik dan berkualiti,” kata Tencent dalam satu kenyataan.

Sepertinya, Tencent ingin menambah baik lagi dan mendengar keluhan peminat yang inginkan lebih untuk permainan mudah alih kegemaran mereka.

Langkah ini harus dipuji kerana untuk kelangsungan permainan tersebut, penambahbaikan perlu dibuat dari masa ke semasa.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.