MPL: Red Reborn tundukkan Geek Fam dalam perlawanan pembukaan

By Hazril Md Nor | August 28, 2020

Musim liga MPL MY/SG Musim Keenam bermula dengan sengit apabila pasukan di tempat ketiga musim lepas, Red Reborn (dahulunya Orange Esports) berjaya menundukkan naib juara, Geek Fam dalam perlawanan pembukaan hari ini dengan skor akhir 2-1.

Red Reborn yang dianggotai oleh Eren, Silo, Mal, Cakbu, Mom dan Grengo membuat drafting yang agak menonjol pada perlawanan pertama dengan pemilihan Hilda dan Khaleed. Kelebihan kedua-dua fighter ini mampu untuk ke backline dengan mudah tanpa berbalas kecederaan.

Di perlawanan kedua, Geek Fam bangkit kembali dengan penggunaan Luo Yi yang walaupun sudah kena nerf tapi masih memberi impak besar dalam perlawanan. Penggunaan Yi Sun Shin pula sememangnya tepat kerana Feekz adalah pemain yang berkaliber menggunakan marksman.

Pada game ketiga, Mal yang menggunakan Wan-Wan berjaya menggunakan ulti berulang kali lalu membuatkan mereka mendapat Lord dan berjaya tamatkan perlawnana.

MPL MY/SG Musim Keenam mengumpulkan 10 pasukan Singapura dan Malaysia bertanding selama enam minggu.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.