Esports Player League (ESPL) umum kolaborasi strategik bersama jenama gaya hidup, Todak

By Hazril Md Nor | September 9, 2020

Esports Player League (ESPL) baru-baru ini mengumumkan kolaborasi bersama jenama gaya hidup terkemuka Malaysia, Todak. 

“Selain kejohanan, pertumbuhan e-sukan kini berubah sebagai satu gaya hidup. Kami yakin pemain akan teruja dengan kolaborasi bersama Todak dan kami tak sabar untuk membawakan acara menarik dan untuk peminat Todak juga,” tulis Michael Broda, Ketua Pegawai Eksekutif ESPL dalam satu kenyataan.

Intipati kolaborasi ini adalah untuk membawa peluang lebih baik dalam landasan e-sukan bagi peminat e-sukan dan pengamal gaya hidup gaming. Fasa pertama akan bermula dengan diskaun sebanyak 10% untuk kesemua pengguna ESPL. 

Anda boleh mendaftar secara percuma di laman web ini.

Todak bukanlah pendatang baru dalam e-sukan. Selain menjadi  Mereka pernah mengadakan festival gaming selain mempunyai pasukan Mobile Legends dan Dota 2.

ESPL pula adalah syarikat penganjur kejohanan e-sukan dan penyedia platform memfokuskan pada ekosistem peranti mudah alih dan dalam talian untuk komuniti amatur e-sukan di seluruh dunia. Mereka sudah bertapak di negara-negara Asia Tenggara, Amerika Selatan dan Eropah.  

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.