Call of Duty League berpindah ke PC tetapi papan kekunci dan tetikus tidak dibenarkan

By Burhanudin Zamri | September 15, 2020

Call of Duty League 2021 tidak akan dimain di konsol PlayStation 4 (PS4) seperti musim sebelumnya. Kejohanan tersebut akan berpindah ke PC tetapi para peserta masih perlu menggunakan alat kawalan.

Activision tidak memberi penerangan mengapa keputusan ini dibuat. Kemungkinan mereka sedang memulakan langkah untuk memindahkan Call of Duty League sepenuhnya ke PC.

Walaubagaimanapun, keputusan untuk mengekalkan keperluan mengguna alat kawalan (yang diluluskan oleh pihak pengajur) tetap satu tindakan yang pelik.

Penulis percaya perkara ini dilakukan untuk memastikan pemain profesional Call of Duty League diberi masa untuk menyesuaikan diri sebelum berpindah sepenuhnya ke papan kekunci dan tetikus pada tahun 2022.

Untuk kejohanan amatur Call of Duty Challengers, Activision mengumumkan permainan rentas-platform akan diperkenalkan. Ini bermaksud pemain PC dan konsol boleh bertanding tanpa apa-apa halangan.

Sama seperti Call of Duty League, peserta Call of Duty Challengers di PC tetap perlu menggunakan alat kawalan yang diluluskan oleh pihak penganjur.

Activision menjanjikan mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai kedua-dua kejohanan di atas pada masa yang terdekat.

Sumber: Call of Duty League

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.