Soloz catat 1 juta subscribers di Youtube

By Hazril Md Nor | September 19, 2020

Penghibur penstriman langsung (streamer) popular di Malaysia, Mohd Faris Zakaria atau Soloz mencatatkan satu juta pelanggan (subscribers) di saluran Youtube baru-baru ini.

Rata-rata video di saluran tersebut dimuat naik hampir setiap hari dan mencapai sehingga lebih 200 ribu tontonan.

Kebanyakan video yang dimuat naik adalah kandungan Mobile Legends, VALORANT dan Fall Guys.

Soloz sebelum ini pernah menjadi pemegang Malaysia Book of Records kerana mencatatkan jumlah pengikut tertinggi di platform berkenaan.

Jadi tentunya ini adalah satu lagi pencapaian buat anak muda yang sudah berkahwin ini.

Kini Soloz selesa menayangkan sesi permainan video langsungnya di Facebook Gaming selain membuat kandungan sampingan berupa highlights di Youtube.