Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel

By Hazril Md Nor | September 24, 2020

Among Us adalah satu permainan fenomena rentas platform yang menguji kepercayaan dan kemampuan pemain. 

Disebabkan ia sungguh popular dan mencatatkan angka pemain yang begitu tinggi di Steam, iaitu sebanyak 400 ribu pemain, sekuelnya sudah pun dibatalkan.

Sekuel itu sebelum ini diumumkan pada 36 hari lalu.

“Sebab utama kami ingin membuat sekuel adalah kerana kod di dalam Among Us adalah outdated dan tidak direka untuk menambahkan kandungan baru.

“Bagaimanapun, melihat ramai yang menikmati Among Us, kami rasa berminat untuk menyokongnya dan membawa ke peringkat lebih tinggi,” kata InnerSloth, pembangun Among Us dalam satu kenyataan.

 

Kata mereka lagi, kesemua kandungan yang dirancang untuk Among Us 2 akan dimasukkan ke Among Us.

Dalam Among Us ini, anda bekerjasama bersama krew kapal angkasa lain untuk menyelesaikan tugasan dan mengundi penyamar keluar dari kapal tersebut. Watak penyamar pula adalah rawak dan mempunyai kebolehan untuk membunuh krew kapal yang menjadi matlamat utama.

Antara penambahbaikan pada masa hadapan yang dijanjikan InnerSloth adalah ciri rakan, peta baharu dan juga pemulihan pepijat.

Ia dilancarkan di PC di Steam dan peranti mudah alih serta menyokong fungsi rentas platform

 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Sumber rujukan: The Verge