MPL: Todak bersedia hadapi playoffs

By Hazril Md Nor | October 21, 2020

Pasukan Todak bukan saja cemerlang tapi prestasi mereka di musim liga MPL MYSG Musim Keenam wajar dipuji. Mana tidaknya, mereka menamatkan musim itu dengan bergaya dan tiada rekod kekalahan satu set pun.

Penulis sempat menemu bual tiga individu penting dalam Todak MLBB iaitu Manity (jurulatih), Ashi (pengurus) dan Ciku (kapten).

 

Manity

MyGameOn: Dalam kumpulan Todak, hanya 4meyz dan Stoo yang baru bermain untuk MPL. Bagaimana anda boleh katakan tentang prestasi mereka walaupun mereka baru berada di pentas profesional?

Manity: Walaupun 4meyz dan Stoo merupakan pemain baru dalam kumpulan Todak, tetapi mereka berdua menunjukkan prestasi yang sangat memuaskan sepanjang latihan dan scrims. Ini menaikkan lagi keyakinan saya untuk meletakkan mereka bertanding untuk MPL.

MGO: Apakah rahsia Todak kekal konsisten? bagaimana keserasian pasukan ini dapat dibentuk dalam tempoh begitu singkat biarpun dua ahli baru sahaja masuk?

Manity: Rasanya tiada rahsia sebab bagi saya keserasian ini akan terjalin pabila semua orang hormat satu sama lain. Walaupun kadagkala bertengkar semasa bermain, yang penting pertengkaran itu berhenti sejurus permainan itu tamat, tidak kisah menang atau kalah. Itulah yang cuba diterapkan kedalam semua pemain di Todak .

MGO: Apakah rutin harian yang dilakukan Todak? Adakah ia berkaitan scrim dan analysis sahaja? Ataupun ada pendekatan lain dari segi latihan mental dan sebagainya?

Manity: MPL Musim Kelima memberikan saya dan Ashi banyak peengajaran penting yang kami terlepas pandang. Perkara paling utama ialah membina keyakinan setiap pemain. Kadangkala, pemain-pemain ini mempunyai idea dan kemahiran yang bagus tetapi semasa bertanding keyakinan itu yang tiada menyebabkan strategi itu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

 

Ashi

MGO: Sebagai pengurus untuk masa yang lama. Apa yang anda boleh proud dengan team Todak bagi MPL musim ini.

Ashi: Sebagai seorang pengurus pasukan , saya memang berasa sangat bangga dengan apa yang pasukan Todak telah tunjukkan pada musim ini. Mereka kelihatan sangat bersedia jika hendak dibandingkan dengan persiapan semasa MPL Musim 4 dan 5.

MGO: Ceritakan serba ringkas pengurusan untuk team Todak ini. Apa yang anda paling suka tentang mereka?

Ashi: Dari segi pengurusan pasukan Todak, saya berasa sangat selesa bekerjasama dengan mereka oleh kerana visi dan misi kami adalah sehaluan. Ini memudahkan kerja saya untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan Todak . Pasukan Todak dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sehinggakan para pemain tidak perlu risau apa-apa selain berlatih!

MGO: Sebagai pengurus, apa cabaran anda apabila kini juga bergelar pemain untuk Apprentice

Ashi: Bagi saya, menjadi sebahagian pemain untuk pasukan Todak Apprentice memberikan saya cabaran dimana saya perlu membahagikan komitmen masa kepada dua buah pasukan. Tetapi perkara ini tidaklah menjadi satu masalah kerana jurulatih/pembantu pengurus iaitu Manity tinggal bersama dengan pasukan Todak manakala saya pula bersama Todak Apprentice.

MGO: Harapan anda untuk mereka di MPL kelak

Ashi: Harapan untuk semua pemain saya iaitu CIku, Moon, Xray, Stoo, Eone dan 4meyz adalah mereka tenang dalam mengejar kejuaraan di MPL Musim Keenam ini.

 

Ciku

MGO: Apa kenangan paling manis sepanjang musim liga?

Ciku: Kenangan paling indah untuk saya sepanjang musim liga ini apabila Ashi dan Manity memberikan saya tanggungjawab sebagai seorang kapten. Amanah itu memberikan saya banyak pengalaman untuk menjadi pemimpin dalam sebuah pasuka . Itulah kali pertama saya diberi kepercayaan dan disebabkan itulah mutu permainan saya banyak meningkat.

MGO: Apakah cabaran bermain dan kekal konsisten untuk enam minggu?

Ciku: Objektif kami semua untuk musim ini sama iaitu kami semua mahu tunjukkan/berikan persembahan yang terbaik . Kami buat semua ini untuk keluarga, negara, penyokong dan kepada Todak itu sendiri. Inilah hadiah yang kami semua tak pernah terfikir untuk dapat dan kami ingin membalas jasa mereka semua.

MGO: Harapan di playoff nanti?

Ciku: Semestinya menjadi juara!