Spotify berkolaborasi bersama League of Legends untuk pengalaman digital baharu

By Hazril Md Nor | October 22, 2020

Semalam, Spotify dan League of Legends mengumumkan pengalaman digital baharu bagi membantu peminat menemukan stail gaming mereka dalam muzik sementara League of Legends’ World Championship akan diraikan berlangsung.

Bagi memulakan pengalaman tersebut, anda boleh layari spotify.com/lolworlds dan jawab soalan yang dikemukakan.

Spotify akan gandingkan pengguna dengan stail yang menepati citarasa mereka contohnya jika mereka suka membantu kawan dalam permainan, mereka akan dapat akses playlist Helpful Pacifist.

Ini adalah kolaborasi antara Spotify dan Riot Games bagi menawarkan audio muzik yang unik dan disukai peminat di serata dunia.