MPL: Team Bosskurr tersingkir, Orange Louvre Esports mara

By Hazril Md Nor | October 23, 2020

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Team Bosskurr tersingkir dalam pusingan penentuan MPL MYSG Musim Keenam hari ini apabila tewas di tangan Orange Louvre Esports 0-2 sebentar tadi.

Orange Louvre Esports dianggotai oleh Kuja, Aim, Hyhy, Jiji, NothingtoSay dan D’Ace.

Perlawanan kedua adalah penentuan yang mana Aim bermain sebagai Kadita berjaya membuat play banyak kali dengan mengganggu Team Bosskurr mendapatkan Lord. Begitu juga dengan HyHy yang bermain Natalia dengan baik sekali.

Dengan kekalahan ini bermakna Team Bosskurr kini perlu melalui pusingan kelayakan untuk MPL musim seterusnya.

berita lanjut menyusul..