MPL: “Manity adalah unsung hero yang orang tak nampak” – Ashi (Todak)

By Hazril Md Nor | October 26, 2020

“Bagi saya, sebagai pengurus memang harus ambil tahu perihal pemain dan keadaan mereka tapi saya mahu bagi penghargaan kepada Manity (Man). 

“Bertungkus lumus jaga pasukan MPL dan saya rasa dia adalah unsung hero yang orang tak nampak,” itu kata Pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media MPL MYSG Musim Keenam yang diadakan pada semalam yang menyaksikan kemenangan sulung Todak dalam MPL selepas menewaskan pasukan Singapura, EVOS SG 3-1.

Todak adalah satu-satunya pasukan Mobile Legends dalam sejarah MPL yang tidak pernah mencatatkan rekod kekalahan sepanjang musim liga dan playoff.

Manity yang merangkap sebagai pembantu pengurus dan jurulatih itu membantu pasukan Todak untuk berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi segala perlawanan untuk pasukan MPL.

Sementara itu, rahsia 4Meyz bermain dengan begitu serasi bersama pemain MPL Todak kini terjawab.

“Ahli pasukan Todak sangat mesra dan kami berkawan sudah agak lama,” ujar 4Meyz.

Pemain ini menerima anugerah  pemain baru terbaik di musim liga kejohanan berkenaan.