Pelancaran Far Cry 6 dan Rainbow Six Quarantine ditangguh ke 2021

By Burhanudin Zamri | October 30, 2020

Pandemik COVID-19 berjaya “menjangkiti” dua lagi permainan iaitu Far Cry 6 dan Rainbow Six Quarantine. Tarikh pelancaran kedua-dua permainan terbitan Ubisoft tersebut akan dilancarkan dalam jangka masa dari April 2021 hingga September 2021.

Sebelum ini, Far Cry 6 dirancang untuk dilancarkan pada 18 Februari 2021 dan Rainbow Six Quarantine pula sepatutnya dilancarkan dalam jangka masa dari 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. Ubisoft menyatakan keputusan ini dibuat kerana cabaran-cabaran yang muncul akibat pandemik COVID-19.

Maklumat ini dilaporkan oleh Daniel Ahmad, Penganalisis Kanan di Niko Partners, yang juga berkongsi berita mengenai jangka masa pelancaran permainan Avatar (makhluk asing biru, bukan Korra atau Aang) yang sedang dibangunkan oleh Ubisoft. Ia dijangka tiba dalam jangka masa selepas April 2022 tetapi sebelum Mac 2023.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.