PUBG Mobile: Pemain Damansara Esports sah dilepaskan

By Hazril Md Nor | November 3, 2020

Pasukan PUBG Mobile, Damansara Esports kini berada dalam status tidak aktif selepas kesemua pemainnya kini dilepaskan daripada organisasi tersebut.

Dalam satu Instagram story Mosgoku, beliau mengumumkan bekas pemain Damansara akan bermain di bawah nama R2K kembali.

Mereka diwakili oleh Mosgoku, Echong, Zykz, PewPew dan NSP.

Sementara itu, J Hunter juga ada mengulas mengenai berita ini dalam satu livestream. Katanya, organisasi itu tidak mempunyai kewangan yang cukup stabil untuk menjaga kebajikan pemain-pemain.

Dalam PMPL MYSG Musim Kedua yang lalu, Damansara memperoleh tempat ketujuh dan mara ke final namun akur dengan tempat ke-11 di Final (penentuan ke PMPL SEA).

Foto: Kosmo