MPLI: Todak dan Orange Louvre Esports adalah wakil Malaysia

By Hazril Md Nor | November 5, 2020

Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) kini kembali pada 27 November ini!

Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Seperti biasa, pasukan jemputan akan terbahagi mengikut ranking di MPL musim lalu di negara masing-masing.

Todak dan Orange Louvre Esports akan mewakili negara di kejohanan ini. Sementara itu, bagi negara lain, pasukan jemputan adalah seperti berikut:

Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.

Myanmar pula akan diwakili oleh: Burmese Ghouls dan Ronin Esports manakala Singapura pula diwakili EVOS SG, Resurgence.

Bagi Filipina adalah seperti berikut: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.

Ia akan berlangsung selama dua minggu dan final akan dimulakan pada 6 Disember ini.

Saksikan live di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang yang mana pertandingan ini pastinya akan diulas dalam Bahasa Melayu.

Foto: ONEEsports