[Review] The Labyrinth of Ragnarok – permainan idle baharu Gravity

By Editorial team | November 5, 2020

Bagi veteran-veteran yang pernah bermain permainan Ragnarok Online di pelantar PC, ianya pasti mengimbau kembali kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan bermain bersama untuk mengisi masa lapang.

Permainan Ragnarok Online ini mencetus fenomena genre MMORPG di seluruh dunia apabila ianya sering menjadi sebutan para peminat genre tersebut.

Kini ia tampil dengan wajah baharu di platform mobile apabila developer Gravity memperkenalkan The Labyrinth of Ragnarok yang boleh dimuat turun di Playstore dan juga App Store.

Permainan ini sangat ringkas cara permainannya. Ia dimainkan di telefon pintar dan para pemain tidak perlu rotate skrin telefon pintar mereka oleh kerana permainan ini menggunakan potrait mode. 

Cara permainannya bermula dengan pemain memilih class sebagai Novice dan terdapat butang auto yang sering diperkenalkan untuk genre MMORPG di telefon pintar. 

 

Questing

Pemain hanya perlu membuat tugasan yang diberikan dan apabila tugasan tersebut telah selesai, anda akan mendapat hadiah berbentuk base exp dan juga job exp.

Antara tugasan tersebut adalah membunuh monster yang ditetapkan jumlahnya, mempertingkatkan level card dan juga equipment.

Pemain perlu membunuh special boss di setiap peta untuk ke peta seterusnya.

 

Class

Selain itu, permainan The Labyrinth of Ragnarok ini memperkenalkan 4 jenis class asas yang boleh dimainkan seperti thief, swordman, archer dan juga mage.

Apabila para pemain telah mencapai job level yang tertentu mereka akan diberikan peluang untuk upgrade class mereka.

Para pemain dibenarkan untuk upgrade class mereka sehingga job change yang ke-4. Ini akan dikemaskini lagi di masa akan datang sehingga job change ke-5. Contohnya seperti novice>>mage>>wizard>>high wizard>>Warlock. 

 

Crafting

Terdapat beberapa elemen baru diperkenalkan di dalam permainan tersebut seperti pilihan untuk crafting.

Crafting memberikan pemain kebebasan untuk menempa senjata, baju besi dan juga aksesori yang sesuai dengan class pilihan mereka. Mereka hanya perlu mengumpul material yang diperlukan dan boleh di farming di dalam peta.

Selain itu, para pemain juga boleh mengumpul material tersebut melalui satu fungsi meminta bantuan companion. Secara tidak langsung ianya memudahkan para pemain dan tidak perlu membuka permainan  ini selama berjam-jam sehari. 

 

Sistem MVP

Di samping itu, The Labyrinth of Ragnarok memperkenalkan sistem MVP yang mampu dibunuh oleh setiap pemain dan tidak perlu berebut antara satu sama lain.

Dalam tempoh permainan selama 1-3 minit bergantung kepada lokasi farming, MVP akan muncul dan pemain boleh menekan butang gather untuk mengumpulkan pasukan bagi membunuh MVP tersebut. 

 

Labyrinth

Pengenalan sistem Labyrinth ini sangat menarik kerana para pemain perlu masuk ke dalam peta Labyrinth dan perlu mengumpulkan wang syiling berwarna biru dalam kuantiti yang tertentu bergantung kepada peta yang dipilih untuk berlawan dengan special mvp yang menunggu mereka.

Semestinya tidak akan ada hadiah yang lumayan tanpa cabara jadi anda perlu berhati-hati ketika mengumpul wang syiling berwarna biru tersebut kerana monster akan berkeliaran mencari anda dan jika anda melanggar monster tersebut.

Jika perkara ini berlaku, pemain mungkin akan kehilangan sejumlah nyawa atau wang syiling biru tersebut.

Apabila mereka berjaya membunuh special mvp tersebut, mereka akan diberikan hadiah berbentuk kad antara 1 bintang sehinggalah 5 bintang bergantung kepada peta Labyrinth yang dimasuki atau juga silver coin yang boleh digunakan untuk crafting.

 

Kongsi karakter

Apa yang menarik juga tentang permainan ini adalah fungsi berkongsi karakter yang diperkenalkan.

Pemain akan dapat menggunakan khidmat pemain lain di dalam server yang sama apabila mereka telah log keluar dari permainan.

Apabila karakter anda dikongsi oleh pemain lain, anda akan mendapat ganjaran berdasarkan lokasi farming. Ia memudahkan pemain yang sibuk dengan kehidupan seharian.

 

PVP

Terdapat juga fungsi pemain lawan pemain (PVP) di mana anda harus mengumpul pasukan dengan mengupah PVP companion yang terdiri dari 1 bintang sehingga 5 bintang.

PVP companion ini memainkan peranan penting dalam menjamin kemenangan ke atas pihak musuh. 

 

Space Infinite

Selain itu, para pemain boleh menyertai Space Infinite bagi merebut peluang mendapat tempat pertama dalam membunuh Special MVP yang terkenal seperti Eclipse, Eddga, Osiris dan juga Golden Thief Bug.

Pemain yang mendapat tempat pertama akan diberi hadiah lumayan seperti MVP Card. 

Secara keseluruhannya, permainan The Labyrinth of Ragnarok ini mampu untuk memberikan kepuasan kepada pemain kasual sehinggalah kompetitif.

Ia secara tidak langsung akan mengimbau kembali kenangan bermain Ragnarok Online pada awal tahun 2000. Pemilihan muzik latar juga seiring dengan permainan Ragnarok Online dahulu kala.

Penulis mengesyorkan permainan ini kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba untuk bermain permainan genre MMORPG di platform peranti pintar.

Ia tidaklah menghabiskan masa anda yang banyak dengan menggunakan fungsi berkongsi karakter dan anda juga boleh menikmati permainan ini secara percuma di Playstore dan juga App Store. Selamat mencuba!