Mobile Legends: Jom Belajar Cara Bermain Lesley – Sorok & Headshot!

By Hazril Md Nor | March 22, 2018

Lesley antara hero paling popular dalam Mobile Legends. Damage dan critical yang tinggi menyebabkan kakak Harley ini sentiasa menjadi pilihan bagi amatur dan juga pemain pro. Tapi bagi pemain amatur, penulis faham sangat korang perlu sedikit masa untuk mahir menggunakan Lesley kerana 2 perkara ini:

  • Lesley menggunakan bar kuning yang akan regen sendiri tapi akan berkurangan dengan cepat jika skill digunakan dengan kerap.
  • Sebagai hero marksman yang kuat, dia juga menjadi tumpuan assassin dan tank seperti Balmond dan Hilda yang mudah mendekati Lesley kerana skill gap closure mereka.

Jom belajar macam mana nak main Lesley. Walaupun guide ini bukanlah yang terbaik, sedikit sebanyak boleh bantu korang untuk mahir bermain marksman popular ini. Guide ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak merujuk kepada pemain pro. Ia sesuai untuk amatur yang ingin cuba mahir menggunakan Lesley.

TIP #1 – FARM DAN FARM

Tunggu dalam semak pada awal permainan untuk bagi surprise attack
Jangan push tapi tunggu creep mara ke tower korang. Dengan cara ini assassin takkan berani gank berdekatan tower

Perkara pertama korang perlu buat sebagai marksman, kekal di midlane dan dapatkan creep sebanyak mungkin. Pada masa yang sama, pergi ke kawasan jungle untuk dapatkan xtra gold. Walaupun Lesley mempunyai keupayaan untuk lari seperti skill kedua yang menjauhkan jaraknya dengan ganker, korang masih perlu tunggu untuk creep mati di tengah. Tak perlu push tapi tunggu last hit.

Farm di kawasan hutan ini untuk ekstra gold
Tunggu pihak musuh farm berdekatan kawasan jungle. Dari sini korang boleh nampak vision mereka. Bersedia untuk assassinate selepas level 4

Ramai juga yang tak tau, Lesley mempunyai keupayaan untuk mengejar hero yang nyawa rendah. Sebagai contoh, korang selalu mengasak hero di midlane hingga nyawanya tinggal sikit. Perhatikan jika dia ke kawasan jungle untuk farm creep. Jika nyawanya tinggal separuh, gunakan kelebihan first skill untuk mendapatkan critical hit dan gunakan ulti untuk menamatkan riwayat mereka.

Ketika nyawanya sikit, bersedia untuk gunakan ulti

TIP #2 – SENTIASA DI BELAKANG

Sebagai Lesley, menjadi tugas korang untuk snipe dari belakang, mencederakan musuh sebanyak mungkin. Ingat, korang bukanlah tank untuk berada di depan. Jadi, gunakan kelebihan pasif dengan duduk di belakang dan gunakan skill pertama untuk tambahan serangan. 

Ini adalah bad spot untuk Lesley kerana terlalu terdedah dengan ramai musuh

Pada akhir perlawanan (apabila item slot korang dah sampai 5 atau 6), pergi menyelinap ke belakang musuh. Tak ada guna korang snipe dari depan kerana tank musuh sentiasa di depan. Di sinilah korang main peranan sebagai Lesley. Pergi jauh ke arah berlawanan tanpa dijejaki musuh menggunakan skill pertama.

Pergi ke arah belakang sementara mereka masih fokus pada tower dan tak perasan gank. Kredit gambar: Blue Panda

TIP #3 – ITEM BUILD

Ini adalah build yang penulis pilih dari senarai pemain pro. Ia bukanlah suatu kemestian untuk ikut tapi sangat berkesan untuk korang yang tak tahu build mana yang paling efisien. 

Item build yang dicadangkan

Sangat penting untuk Lesley kerana attack speed memainkan peranan pada late game untuk melakukan lebih banyak critical hit.

Penting kerana meningkatkan peluang untuk critical dan menambahkan daya serangan critical.

Juga penting untuk tambahan damage, kelajuan serangan dan juga lifesteal.

Ini antara bahan luxury untuk Lesley kerana stat yang diberikan dan true damage yang sangat bagus untuk menjatuhkan tank dan hero yang squishy.

Ini juga penting kerana lebih attack speed! Akhirnya Lesley mampu one on one dan kite (umpan musuh) tanpa perlu rasa takut kerana kelajuan serangan dan juga jumlah lifesteal yang sudah cukup untuk sustain kan karakter korang.

Sebagai barang pertahanan akhir, ini adalah pilihan ideal kerana shield diberikan cukup untuk selamatkan Lesley dari serangan bahaya seperti ulti Eudora, ulti Lancelot dan mempunyai cooldown yang sangat cepat. Hanya 30 saat.