MPLI: Todak akan mengalami perubahan roster, gabungan pemain veteran dan baru

By Hazril Md Nor | November 17, 2020

Johan Liga Profesional Mobile Legends (MPL MYSG) Musim Keenam yang lalu, Todak nampaknya akan hadir dengan wajah baru bagi menghadapi Kejohanan Jemputan MPL (MPLI) yang akan berlangsung pada 27 November ini.

Pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata pasukan itu akan mempunyai pemain veteran dan wajah baru.

“Akan ada perubahan juga (barisan pasukan).

“Untuk MPLI, kita akan nampak wajah-wajah baru bergandingan dengan veteran,” kata Ashi.

Bagaimanapun, Ashi tak mendedahkan siapakah wajah baru tersebut dan pemain veteran mana akan step back dan memberi peluang kepada bakat baru ini nanti.

Adakah pemain Todak Apprentice akan diserap untuk bermain di MPLI? Siapa yang tahu. 

Nantikan pengumuman lanjut daripada Todak tak lama lagi. Kami pastinya akan umumkan lineup penuh apabila sudah rasmi nanti.