Kejohanan dunia Mobile Legends, M2 akan diadakan di Singapura pada Januari 2021

By Hazril Md Nor | December 1, 2020

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M2 akan diadakan di Singapura pada Januari depan.

Ia akan dianjurkan oleh Moonton dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

“Kami rasa teruja dapat bekerjasama dengan Moonton dan agensi kerajaan serta pemain industri. Keupayaan untuk hos salah satu kejohanan terbesar di dunia di Singapura memberi harapan kepada ramai peminat e-sukan. Ia juga beri peluang kepada warga Singapura untuk menggapai impian dan aspirasi,” kata Nicholas Khoo, Pengasas Bersama SCOGA.

“Mobile Legends menemui kejayaan global bermula dari Asia Tenggara dan Moonton teruja membawakan berita gembira kepada semua gamer dan kami ingin berterima kasih kerana sokongan dari kerajaan Singapura dan pemain industri. Ini akan menjadi acara paling menarik buat kami sementara pasukan-pasukan terhebat akan bertarung di Singapura,” kata Justin Yuan, Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Moonton.

Buat sementara ini, Moonton tidak mendedahkan pasukan dari rantau atau negara mana akan terlibat.

Nantikan info lanjut pada masa akan datang. Tidak lama lagi.

Sumber: SCOGA