RAMZES berkolaborasi bersama jenama sukan, Nike

By Hazril Md Nor | December 4, 2020

Nampaknya rezeki pemain profesional Dota 2, Roman “RAMZES666” Kushanrev semakin cerah. 

Sebelum ini pernah muncul dalam iklan syampu, kini RAMZES dilamar menjadi atlet ditaja oleh Nike.

“Nike selamanya menjadi jenama nombor satu di dunia dan terima kasih kepada Winstrike kerana memperkenalkan kepada syarikat ini. Sokongan Nike kepada atlet hebat seperti Michael Jordan dan Christiano Ronaldo menunjukkan satu kejayaan.

“Ini adalah pengalaman baru buat saya dan pastinya ia mengujakan,” katanya dalam satu kenyataan.

RAMZES666 adalah salah seorang pemain Dota 2 di Rusia yang meraih pendapatan tertinggi dari aspek kemenangan hadiah terkumpul. Beliau bersama Virtus.Pro untuk dua tahun  bersama Solo, No[o]ne dan 9pasha.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.