M2: Obuyan kembali, kini bersama pasukan 10S Gaming Frost

By Hazril Md Nor | December 15, 2020

Pemain Mobile Legends dari Jepun, Obuyan nampaknya kembali ke kejohanan dunia, M2 sebagai pasukan jemputan dari negara tiada MPL kali ini.

Obuyan yang sebelum ini kapten 10Second Gaming membawakan meta cukup pelik tapi berkesan di M1 iaitu Rafaela sebagai support di peringkat kumpulan dan juga playoffs yang mana mereka berjaya menundukkan pasukan Malaysia, Axis Esports, 2-0.

Kali ini, Obuyan bersama 10S Gaming Frost dengan lineup baru yang cukup berbahaya kerana pasukan Indonesia sendiri belum dapat menduga kekuatan mereka.

Dalam satu temubual bagi segmen MPL Quickie, jurulatih RRQ Hoshi, Jamesss Chen mengatakan terdapat pemain yang veteran dalam skuad Jepun itu.

“10S Gaming boleh mara ke kumpulan menang (upper bracket) dari kumpulan C. Saya ada rakan di sana, Shina. Pemain ini sangat hebat dan memang meminati Mobile Legends.

“Beliau sudah main MLBB dari musim kedua atau ketiga sehingga menjadi profesional. Nantikan saja macam mana persembahannya,” kata Jamesss.

Shina adalah pemain fighter dan jungler malah beliau cukup versatil dengan peranan dimainkan dalam MLBB.

Selain 10S Gaming Frost, Bren Esports dari Filipina juga akan menjadi pencabar sekali lagi. 

Sumber rujukan dan foto: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.