Anda boleh main papan luncur salji dalam acara Frost Festival PUBG Mobile

By Burhanudin Zamri | December 24, 2020

Acara Frost Festival kini telah bermula dalam PUBG Mobile dan para pemain boleh menikmati pelbagai aktiviti-aktiviti baharu yang hanya disediakan dalam tempoh acara hujung tahun ini.

Mod permainan Frost Festival boleh diakses melalui mod acara Erangel. Dalam peta Erangel versi musim sejuk, pemain akan menemui hiasan musim sejuk dan terdapat frost castles yang akan muncul. Setiap frost castle mengandungi senjata dan item berperingkat tinggi.

Slick Snowboards juga telah diperkenalkan dan pemain boleh bermain papan luncur salji melalui item baharu ini. Pada permulaan setiap perlawanan acara, anda boleh mendapatkan papan luncur salji dari beg anda.

Untuk anda yang ingin mendapatkan skin baharu, PUBG berkolaborasi bersama syarikat emoji untuk membawakan pelbagai kostum baharu yang bertemakan emoji.

Dapatkan maklumat terkini mengenai PUBG Mobile dengan mengikuti laman Facebook rasmi PUBG Mobile Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.