Todak dijadualkan berangkat ke Singapura hari ini

By Hazril Md Nor | January 1, 2021

Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia, Todak dijadualkan berangkat ke Singapura hari ini bagi menghadapi kejohanan dunia, M2 pada 18 Januari.

Juara MPL  MYSG Musim Keenam itu adalah satu-satunya wakil Malaysia ke kejohanan dunia terbabit.

Menerusi satu posting di Facebook, pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi mengharapkan doa daripada penyokong dan peminat supaya perjalanan mereka berjalan lancar.

Todak juga berharap dapat buat yang terbaik untuk negara dalam kejohanan ini. Mereka akan berada dalam kumpulan B.

Todak sama kumpulan dengan pasukan dari Kemboja, Impunity KH dan Omega Esports dari Filipina.

M2 akan dianjurkan oleh Moonton dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Foto: Todak