M2: Ramai yang tidak tahu lagi kekuatan pasukan Brazil, DreamMax

By Hazril Md Nor | January 6, 2021

Banyak pasukan yang masih tidak tahu kekuatan pasukan Brazil, DreamMax dalam kejohanan dunia Mobile Legends, M2 yang akan berlangsung pada 18 Januari ini.

Sebabnya, pasukan-pasukan Asia Tenggara sudah biasa melakukan latihan (scrim) sesama mereka namun tidak dengan skuad dari Amerika Selatan.

Antara yang menghadapi cabaran adalah skuad Alter Ego yang juga juara Kejohanan Jemputan (MPLI) sebelum ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by DreamMax E-Sports (@dreammaxesports)

Meskipun dapat melakukan scrim bersama DreamMax, Alter Ego berdepan masalah sambungan Internet yang kurang memuaskan sekali gus tak mampu mengenal pasti potensi sebenar skuad Brazil itu.

“Kami scrim lawan pasukan Brazil tapi sambungan (Internet) kurang bagus. Jadi agak sukar untuk melakukan scrim.

“Kebanyakkan situasinya lag dan tidak lancar,” kata NasiUduk, jurulatih Alter Ego dalam satu temubual bersama Revival TV.

Jika dilihat dari edisi pertama, pasukan Jepun, 10s Gaming menunjukkan kejutan luar biasa kepada pasukan lain apabila memainkan meta support. Pastinya Dreammax juga mempunyai meta mereka yang tersendiri nanti. 

Kita nantikan.

Foto: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.