FIFA: Team Haq dan GBX Esports Team wakili Malaysia untuk kelayakan Piala Dunia FIFA eClub 2021

By Hazril Md Nor | January 6, 2021

Dua pasukan FIFA Malaysia, Team Haq dan GBX Esports Team akan mewakili Malaysia untuk kelayakan ke Piala Dunia FIFA eClub yang akan berlangsung esok.

Setiap pasukan mempunyai seorang pemain di platform XBOX One dan seorang pemain di platform PS4.

Team Haq diwakili oleh:
1. Amirul Afandi (AmTuah) – kiri
2. Iskandar Mirza Mohd Mustafa (IsMirza) – kanan

“Sasaran untuk kejohanan sudah semestinya ingin menjadi juara sekaligus dapat menempatkan diri dalam saingan Piala Dunia. Secara tidak lansung dapat membawa nama Malaysia untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali.

“Cabaran yang paling besar dihadapi semestinya perlu menentang pasukan pasukan seperti Korea Selatan yang jauh lebih berpengalaman. Bagi format online, impak PKP menyaksikan banyak kejohanan dalam negara dianjurkan secara online jadi pengalaman bermain secara online sudah ada.

“Persiapan yang dilakukan sebenarnya bermula daripada bulan November lagi, jadi InsyaAllah segala persiapan sudah disusun secara rapi. Latihan yang diterapkan pula adalah banyak mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemain pemain luar negara untuk memperkuatkan corak permainan kami.

“Saya harap kepada semua peminat mendoakan kejayaan kami dan kepada semua gamer jangan pernah berhenti atau berputus asa untuk berjaya dalam bidang esports,” kata AmTuah

 

GBX Esports Team diwakili oleh:
1. Luqman Haziq Bin Hajiman (Luqmanhzq) – kiri
2. Ahmad Shahrin Bin Shaharudin (Ayen) – kanan

Selain itu, terdapat dua lagi wakil dari pasukan Wicked eSports Team:

1. Faiq Iskandar Saiful Bahri (Faiq) 
2. Muhammad Naim Muhammad Hisham (Rentap)

Kelayakan ini akan dimainkan dalam format double elimination dengan lapan kelab.

Jangan lupa saksikan siaran langsung dijangka bermula jam 6.30 petang esok di page rasmi Gamesbond.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.