M2: Perlawanan pembukaan tidak memihak kepada Todak

By Hazril Md Nor | January 18, 2021

Wakil Malaysia di kejohanan dunia MLBB, M2, Todak menempuh perlawanan pembukaan kurang baik hari ini ke atas OMEGA dari Filipina.

Todak menghadapi kesukaran bagi menghadapi asakan diberikan OMEGA terutamanya pada game kedua peringkat kumpulan. Pemilihan Silvanna dan Jawhead berjaya menangkap core Todak dengan mudah lantas memberikan  kelebihan kepada pasukan Filipina itu.

Todak akan berlawan lagi pada jam 2 petang ini melawan skuad Kemboja, Impunity KH.

Seharapnya mereka dapat tebus kekalahan 0-2 sebentar tadi.

Saksikan siaran langsung di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

M2 dianjurkan oleh Moonton bermula 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.