Resident Evil Village akan dilancarkan pada 7 Mei 2021

By Burhanudin Zamri | January 22, 2021

Capcom telah mengeluarkan beberapa trailer baharu untuk Resident Evil Village. Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 7 Mei tahun ini untuk PC, PlayStation 5 (PS5), PlayStation 4 (PS4), Xbox Series, dan Xbox One.

Ia kini boleh dipra-tempah di kedai-kedai digital seperti Steam dan PlayStation Store pada harga RM248. Sebuah demo percuma juga telah dilancarkan secara eksklusif untuk konsol PS5.

Demo PS5 tersebut diberi tajuk Maiden dan bertempoh sekitar 25 minit. Demo ini tidak membenarkan anda untuk mencuba aspek pertarungan Resident Evil Village. Ia lebih memberi fokus terhadap penceritaan visual.

Sama seperti dalam Resident Evil 7, kita akan bermain semula sebagai Ethan Winters dalam Resident Evil Village. Nampaknya watak utama siri Resident Evil, Chris Redfield, akan memainkan peranan penting dalam permainan ini.

Selain itu, Capcom juga mengumumkan mod multi-pemain Resident Evil Re:Verse. Mod ini meletakkan enam pemain dalam perlawanan deathmatch. Setiap pemain boleh bermain sebagai watak-watak Resident Evil seperti Leon, Claire, Ada, dan ramai lagi.

Resident Evil Re:Verse akan dilancarkan secara percuma bersama Resident Evil Village.

Sekali lagi, Resident Evil Village akan dilancarkan pada 7 Mei tahun ini untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series, dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.