Inilah dia 10 fraggers terbaik di PMGC

By Editorial team | January 29, 2021

Kejohanan dunia PUBG Mobile tempoh hari memberikan kita peluang untuk menyaksikan barisan 16 pasukan terbaik dunia bertanding untuk merebut wang hadiah terkumpul sebanyak AS$700,000 (RM2.83 juta).

Setelah kejohanan tersebut berakhir, tibalah masanya untuk kita melihat siapakah di antara mereka yang mempunyai kill point serta damage yang tertinggi. 

Tidak hairanlah juara dunia Season 0 Nova Esports mempunyai 3 orang ahli mereka di dalam senarai tersebut. Mereka mempunyai kill point yang tertinggi sebanyak 151 mata yang didahului dengan Order sebanyak 56 kill point / 10709 damage, Paraboyy 44 kill point / 11484 damage serta Jimmy 35 kill point / 7971 damage. 

Selain itu, pasukan BTR yang mendapat tempat kelima di dalam kejohanan dunia tersebut juga tidak ketinggalan di dalam carta ini. Zuxxy mendapat 38 kill point / 8795 damage dan Ryzen dengan 34 kill point / 8788 damage. Damage yang tertinggi dipegang oleh pasukan 4AM Sukk dengan 54 kill point / 11510 damage.

Foto: PUBG Mobile Esports