Suhaz Esports juara Kejohanan MEC 2020/2021, layak ke Top 8 kelayakan MPL MY musim ketujuh

By Hazril Md Nor | February 1, 2021

Pasukan Suhaz Esports (sebelum ini dikenali sebagai Ezzy Esports) mencipta kejayaan tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Malaysia Esports Championship (MEC 2020/2021) kategori Mobile Legends: Bang Bang semalam.

Dengan kemenangan tersebut, mereka berjaya membawa pulang RM18,000 dan mendapat slot top 8 di peringkat kelayakan MPL MY musim ketujuh.

Suhaz bertembung sengit dengan Academy Esports 2-1 dalam pertarungan Grand Final semalam. 

“Alhamdulillah, sebab skuad kami berjaya mendapat juara MEC dan seterusnya mendapat jemputan terus ke top8 kelayakan MPL S7. Lawan kami di Final, Academy adalah satu pasukan yang kuat. Sangat kuat. Dan saya dapat rasakan Academy akan memberi saingan yang lebih hebat semasa kelayakan MPL nanti.

“Saya harap Suhaz Esports akan berjaya ke MPL S7 kali ini dan seterusnya menjulang trofi,” kata Muhd Fadhil Hishamuddin (Padel), Pengurus Suhaz Esports.

Sementara itu, Academy naib juara dan RSG MY mendapat tempat ketiga.

Ini adalah kejohanan pertama yang memberi slot kepada pasukan MLBB mendapat kelebihan di kelayakan MPL.