Total War: Warhammer 3 akan tiba pada penghujung 2021

By Burhanudin Zamri | February 4, 2021

Creative Assembly dan Sega telah mengumumkan Total War: Warhammer 3, judul terakhir dalam siri Total War: Warhammer. Pada waktu ini, permainan ini masih belum diberikan tarikh pelancaran tepat tetapi ia dirancang untuk dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Trailer pertama permainan ini dikeluarkan semalam dan mempertunjukkan beberapa butiran menarik. Dua kaum yang diberikan perhatian dalam trailer ini adalah Kislev dan Chaos Daemons (terutamanya kumpulan Khorne).

Setakat ini, kaum-kaum baharu yang telah disahkan akan tiba dalam Total War: Warhammer 3 adalah Kislev, empat kumpulan Chaos Daemons berdasarkan Khorne, Nurgle, Slaanesh dan Tzeentch, dan Cathay.

Pada pendapat penulis, kaum yang terakhir itu merupakan pengumuman yang paling menarik. Cathay merupakan salah satu kaum yang tidak mempunyai figura di permainan tabletop Warhammer. Ini bermaksud Creative Assembly adalah pihak pertama yang akan menciptakan tentera Cathay.

Kempen utama dalam permainan ini memberi pilihan kepada pemain sama ada untuk menyelamatkan atau mengeksploitasi kuasa seorang dewa yang sedang mati. Lebih banyak maklumat tentang permainan ini akan didedahkan pada masa depan.

Total War: Warhammer 3 kini boleh dipra-tempah di Steam (RM189) dan Epic Games Store (AS$46.99).

Sumber: Creative Assembly

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.