PUBG Akan Membolehkan Pemain Menonton Pembunuh Mereka Dalam Mod Spectate

By Hazril Md Nor | April 4, 2018

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) walau macam mana fenomena sekalipun, ia masih serba kekurangan dan ada fungsi penting tak diletakkan.

Sebagai contoh, ramai pemain inginkan scoreboard dan death cam yang berfungsi penuh untuk saksikan siapa yang membunuh mereka. Ia mungkin relevan kalau korang boleh respawn tapi bagi pemain, tak salah untuk mereka demand fungsi itu. 

Sekarang, PUBG sedang menguji ciri itu dalam test server untuk pengguna PC dan korang boleh saksikan pembunuh karakter korang dalam mod spectator dan menyaksikan kematian mereka pada akhirnya.

Sebagai contoh, korang boleh mengikut kamera pembunuh dengan menekan butang “watch”. Kalau korang dibunuh dalam Zon Biru, Zon Merah atau akibat jatuh dari langit, korang boleh spectate mereka yang paling dekat dengan lokasi kematian. Kalau karakter korang mati dalam skuad, korang hanya boleh spectate musuh selepas semua teammate mati.

 

Ia mungkin kedengaran simple tapi fungsi ini sebenarnya penting untuk sesi permainan yang lebih mesra pemain.

Sumber: Destructoid