Super Smash Bros. Ultimate: watak DLC seterusnya adalah Pyra / Mythra dari Xenoblade Chronicles 2

By Burhanudin Zamri | February 18, 2021

Dalam siaran langsung Nintendo Direct pagi ini, Nintendo mengumumkan watak kandungan tambahan (DLC) seterusnya untuk Super Smash Bros. Ultimate iaitu Pyra dan Mythra dari Xenoblade Chronicles 2.

Kedua-duanya akan berfungsi sebagai satu watak yang sama dan pemain boleh menukar antara mereka bila-bila sahaja dalam perlawanan. DLC ini akan dilancarkan pada bulan Mac ini dan terkandung dalam Fighters Pass Vol. 2.

DLC ini juga memperkenalkan stage baharu yang membawa persekitaran dan watak-watak dari Xenoblade Chronicles 2. Watak utama permainan tersebut, Rex, akan muncul untuk membantu Pyra dan Mythra apabila melakukan Final Smash.

Watak DLC yang diperkenalkan sebelum ini ialah Sephiroth dari Final Fantasy VII. Dia juga terkandung dalam Fighters Pass Vol. 2.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.