Fredo dan Jumper masuk Team Secret

By Hazril Md Nor | February 21, 2021

Dua pemain profesional PUBG Mobile, Ahmad Fuad Razali (Fredo) dan Izzrudin Hashim (Jumper) kini bersama skuad popular PUBG Mobile, Team Secret.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Dalam satu pengumuman di Instagram, Team Secret memuat naik satu video pendek mengumumkan berita gempar tersebut. Turut menyertai adalah bekas pemain kompetitif The Face Gaming (skuad PUBG di PC) iaitu Azizan Mansor (Seraveem).

Melengkapkan pasukan itu adalah bekas pemain RSG, Jay Lim Jarn Jiang atau Y2K. Pastinya Team Secret menjadi pasukan pilihan kali ini dengan kemasukan pemain-pemain berkaliber ini.