Jom Kenali The Face Gaming – Skuad PUBG Antara Yang Terbaik Di Malaysia!

By Hazril Md Nor | April 6, 2018

Winner-winner Chicken Dinner! Pernah dengar ayat tu? Well, kalau korang dah biasa main PlayerUnknown’s Battlegrounds, mesti dah biasa dengar. PUBG tak dinafikan lagi antara game yang mempunyai potensi luar biasa untuk e-sukan. Ia pernah mencapai 3 juta pemain harian dan 30 juta unit terjual.

Di Malaysia, kita sendiri sudah bersiap sedia berdepan dengan pertumbuhan e-sukan untuk PUBG. Setakat ini kita dah ada beberapa tournament dalam talian dan on-ground untuk mencari bakat baru. Penulis sempat bertemu dengan The Face Gaming, skuad PUBG yang sememangnya popular dan meningkat naik dalam komuniti PUBG tempatan.

Pertama kali bercakap dengan kapten pasukan, Afiq Afzainizam, 30 membuka perspektif penulis mengenai hala tuju pasukan ini dalam PUBG. Jom ikuti temu bual kami!

Skuad PUBG The Face Gaming:

1. rascal_ix (Mohammad Azali)

2. 10ktapping (Farhan Johari/Era of The Geeks)

3. K2White (Nur Hilman Ehsan)

4. chiifenrir (Afiq Afzainizam)

Dari kiri, Afiq, Farhan, Azali (belakang) dan Hilman (rambut panjang). Kredit gambar: KITAMEN

MyGameOn: The Face Gaming adalah skuad baru dalam PUBG. Macam mana skuad korang ditubuhkan?

Afiq: So basically, The Face Gaming ni adalah kepunyaan kawan saya tapi dia bukanlah a part of PUBG punya skuad. FG ni adalah gaming group yang memang dah bertapak lama untuk kami stream game. Jadi untuk skuad PUBG pulak, kami bermula pada bulan 12. Mula-mula tu memang nak try je, main suka-suka. Bila start main casually tu, kami perasan kami main lebih bagus bila main lagi banyak game. Dalam cubaan mendapat chicken dinner, membuatkan game tu jadi seronok untuk dimainkan lagi dan lagi.

Jadi sampailah satu masa, kami pergi ke LAN party Zotac. Ada chicken dinner punya event yang mana setiap kumpulan yang dapat selesaikan aktiviti dan cabaran dalam masa 12 jam dikira pemenang. Pada mulanya kami tak ada hala tuju, tapi masa LAN party ni kami form skuad untuk cuba main kompetitif. Main punya main, rupanya kami boleh berkomunikasi dengan baik, boleh rotate dengan baik dan ada keserasian main bersama, end up, kami menang cabaran Zotac tu.

Lepas habis LAN party, ambil rehat sekejap sebab dah main game 12 jam tanpa henti, memang letih. Dari situ kami mula perasan tak ada stage atau setup untuk main dalam suasana betul-betul kompetitif. Tournament online ada tapi kita dalam zon selesa, tak rasa tertekan berbanding main offline. Kalau offline, boleh nampak pencabar kita dekat situ.

The Face Gaming di Malaysia Cyber Games. Kredit gambar: KITAMEN

MyGameOn: Korang juga dah pernah berentap dalam Malaysia Cyber Games. Apa pendapat korang dan bagaimana korang dinilai dalam acara itu?

Afiq: Hujung bulan 12, ada MCG, Lan Tournament PUBG yang pertama dekat Malaysia. Kami terus daftar untuk secure slot. Masa tu kami sedar game ni bergantung sepenuhnya pada sistem Random Number Generator (RNG) dan saya pun sedia maklum team memang kurang pengalaman, kami biasa main dengan strategi yang berjaya buat kami ke TOP 20. Tapi kali ini tak menjadi dan kami tiada pelan untuk counter strat. Kami tak buat perancangan dengan baik sebab ni kejohanan pertama yang betul-betul menguji kemahiran kami tapi it was awesome.

Dari situ kami cuba perbaiki, bincang kelemahan masing-masing. Cuba perbaiki strategi dalam gunfightsniping dan cara untuk masuk circle. Masa tu pun still tak ada tournament yang boleh cuba jadi kami tunggu sehinggalah terdengar 4 Nations yang dianjurkan Xyclopz. Tapi kami tak dapat invitation pun masa tu.

MyGameOn: Jadi kalau tak ada pertandingan, apa yang biasanya korang buat? (Sebagai pemain PUBG). 

Afiq: Grind carta leaderboard lah apa lagi. Masa tu yang penting ranking dan dari 2 musim lepas, 3 daripada kami pernah dapat nombor 1,2 dan 3 dalam Top 10 di pelayan (server) Asia Tenggara. Bagi saya it’s a big deal sebab ia satu pencapaian yang perlu dinilai. Lagipun, hanya 2 orang daripada kami yang pernah main kompetitif dalam FPS. Boleh dikatakan somehow PUBG senang kami nak relateSomehow kami berjaya cipta kejayaan dalam game genre ini yang lain daripada lain. Bukan 5v5, perlukan banyak pergerakan, rotasi, strategi dan koordinasi. Kena bertahan dekat satu tempat, ada lagi pulak kereta, rumah dan semak yang bagi game lagi kompetitif.

Saya pun seorang yang kasual tapi yang paling penting, kami dah berkawan dalam real life untuk beberapa lama dan dah ada background main game FPS macam Overwatch, CS:GO dan H1Z1 (yang lagi buggy). Apa yang membuatkan kami hook dengan PUBG ialah sistem RNG. 1 pasukan tu takkan dominate all of the tours. Ia akan balance out the game.

MyGameOn: Macam mana skuad korang boleh ditaja oleh Zotac?

Afiq: Sebelum MET Community Cup (MCC) pada 16 Mac, Zotac approach kami pada tiga hari sebelumnya. Saya macam terkejut sebab macam mana prestasi kami dinilai (rupanya sebab kami grind leaderboard). Jadi dari situ kami dinilai. Kami juga selalu stream di Era of the Geeks jadi mungkin ada word of mouth daripada peminat juga yang bantu kami dikenali. Mereka semua datang ke sini untuk saksikan quality gameplays jadi mungkin tu antara sebabnya.

Untuk kami, penajaan ini sangat penting untuk reputasi. Ia bukanlah mengenai monetary, kami pun bukannya seperti pasukan profesional macam Fire Dragoon. Literally unknown, main for fun. Buat masa sekarang ada 3 bulan kontrak dan kesimpulannya, kami sekarang seperti Ambassador untuk Zotac. Mungkin boleh nampak muka kami kotak Zotac nanti (hehehehe).

Berentap dalam MCG. Kredit gambar: The Face Gaming

MyGameOn: Ceritakan pengalaman korang masa bermain di MCC?

Afiq: Boleh dikatakan acara tu memang sengit. Dalam 6 perlawanan, kami agak bernasib baik sebenarnya. Game pertama dapat nombor 2, game kedua nombor 14, game ketiga nombor 2, game keempat nombor 14 balik. Tapi di game kelima, kami dapat nombor 1. Bila fikir-fikir balik macam ada peluang cerah untuk juara sebab dapat nombor 1 untuk game kelima. Tapi bila kumpul point, masih di tempat kedua. Jadi macam dah risau sebab pertama, setiap kills dikira dan penting untuk kita dapat kedudukan setinggi mungkin. Ada 100 point masa tu dengan nombor 1. So takpe, last game main betul-betul.

Yang bestnya, saspens gila sebab taktau berapa team tinggal, team mana dan dengan tak ada scoreboard lagi. Main punya main, dapat nombor 2 dan decent kills. Taktau team nombor 1 tu dapat nombor berapa dalam game keenam ni. Masa diaorang kira point tu, the longest 20 minutes, berdebar tunggu! Tapi masa tengok keputusan dekat Discord, masa tu kami bersorak bagai nak gila, excited dan bersyukur pada masa yang sama. Tak sangka boleh menang.

MyGameOn: Jadi dengan kemenangan tu, korang layak untuk ke PUBG Invitational. Apa perasaan korang?

Afiq: Masa qualify tu, memang tak sangka. Pertama kali akan main di kejohanan luar negara pada 25-27 April dekat Melbourne lagi-lagi bila ada 20 team dari China, Australia dan Asia Tenggara, mesti sengit nanti. Pada masa sama, kami bersyukur sebab dah buat yang terbaik dan takkan hampakan semua.

MyGameOn: Apa yang PUBG mengajar anda untuk menjadi lebih matang dan berjaya dalam industri?

Afiq: Saya sendiri bukan muda lagi, dah 30 tahun. Yang paling muda dalam skuad kami pun berusia 25 tahun. Tapi untuk bermain kompetitif pada usia sebegini, ia memang satu pencapaian dan kami juga bukan full time gamer, masing-masing ada pekerjaan. Boleh dikatakan, PUBG ni menghapuskan stigma hanya usia muda yang ada refleks bagus dan boleh pergi jauh dalam arena kompetitif. 

Kami sendiri ingin tunjukkan nak main game tak semestinya kena go all out sampai tak ada backup plan. Apa yang kita suka, kita boleh berlatih untuknya tapi yang penting, ada backup kewangan masing-masing.

Jemputan ke kejohanan PUBG di Australia. Kredit gambar: The Face Gaming

MyGameOn: Adakah anda bersetuju dengan frasa ‘pro gamer perlu jadi Key Opinion Leader (KOL)’?

Afiq: Basically kita kena jaga dan bina reputasi, buat presence dalam pasaran. Jadi kita tak boleh mengelak untuk interviews dan apa-apa saja berkenaan liputan dari media dan sebagainya. Kena jadi profesional.

MyGameOn: Bagaimana anda training dalam masa sehari?

Afiq: Biasanya kami akan berlatih pada waktu malam bermula jam 8 hingga 12. Kalau untuk grind leaderboard, lain sikit. Kalau nak masuk tourney, kami cuba ubah strategi untuk menang game tu dengan ada trash loot. Dari bawah, kami cuba buat yang terbaik untuk jadi top 10 dan menang. 

Sebagai kapten juga, saya kena firm dan emphatize a lot. Bukan buat orang nak dengar cakap dan ikut. Saya sendiri kena nampak Point of View (POV) mereka, faham situasi dan kenal lagi lama dalam real life. Saya juga kena jadi lebih knowledgeable, dan selalu make the call

MyGameOn: Afiq sekarang pun dah berkahwin, bagaimana anda balance kan masa untuk isteri dan anak?

Afiq: Alhamdulillah, saya dah ada bisnes sendiri (Lucro PC) dan jadual saya sangat teratur. Kalau pagi, saya akan pergi ke gim, lepastu akan masuk ofis sampai petang pukul 3 atau 4. Itu adalah masa untuk keluarga, nak beli barang rumah dan sebagainya. Sampailah pukul 8, masa untuk berlatih dengan member-member lain. Saya pun sendiri faham tanggungjawab sebagai suami, gamer dan owner syarikat tu bukan mudah tapi Alhamdulillah setakat ni boleh handle.

——–

Jadi itulah antara yang menarik bagi skuad The Face Gaming. Sebagai pasukan yang kini ditaja dan berjaya menyertai kejohanan di Australia tak lama lagi, pastinya masa depan mereka kelihatan cerah. Semoga terus berjaya di masa depan! Ganbatteh!

Nota Editor: Kesimpulannya, e-sukan untuk PUBG akan terus kekal dan bertambah baik pada masa akan datang. Ia membuka peluang kepada lebih banyak peluang pekerjaan dan memeriahkan lagi dunia e-sukan di Malaysia dan seluruh dunia. Jadi korang, dah ready nak Chicken Dinner macam The Face Gaming?