MPL Indonesia musim ketujuh dimainkan secara offline, swab test setiap minggu

By Editorial team | February 26, 2021

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang besar kepada sektor e-sukan di dalam dan luar negara, banyak kejohanan dunia dan tempatan kini dimainkan secara offline namun tertutup.

MPL Indonesia musim ketujuh tidak terkecuali dalam hal ini. Ini adalah kali pertama kejohanan ini bermain dalam mod ini, malah musim kelima atau keenam dimainkan dalam talian.

“MPL Indonesia Musim 7 akan dilaksanakan secara offline dengan mematuhi protokol dan peraturan kesihatan daripada kerajaan. Kami meminta doanya agar semuanya dapat berjalan lancar,” kata Azwin Nugraha selaku pengurus PR Moonton Indonesia.

Setiap peserta dan krew belakang tabir akan berada dalam lokasi tertutup dan melakukan swab test setiap minggu bagi memastikan kesihatan setiap ahli terus terjamin. Jika ada pemain yang positif, mereka perlu tinggal di gaming house dan main secara dalam talian.

MPL Indonesia musim ketujuh akan dihadiri oleh 8 pasukan dan akan bermula pada hari ini. Wang terkumpul untuk musim ketujuh masih sama iaitu sebanyak AS$300,000 (RM1.21 juta).

Persaingan dalam MPL ID musim ketujuh pasti akan memberikan saingan hebat dari lapan pasukan yang layak. Terdapat banyak pasukan yang kuat mengambil bahagian dalam kejohanan ini terutamanya EVOS Legends dan Alter Ego yang mempunyai ramai pemain bintang.

Sumber: ONE Esports