Oppo Enco X diperkenalkan – fon telinga nirwayar ‘flagship’ di Malaysia

By Hazril Md Nor | March 11, 2021

OPPO baru-baru ini memperkenalkan fon telinga nirwayar bertaraf flagship iaitu OPPO Enco X.

Ia adalah produk fon telinga pertama dari OPPO yang mana merupakan hasil kolaborasi bersama Dynaudio.

 

Produk ini menggunakan teknologi pembatalan bunyi aktif (active noise cancellation) dan empat tetapan. 

Dari tetapan pertama yang mana merupakan mod transparency (menutup ANC) hinggalah tetapan keempat bagi anda yang berada di persekitaran bunyi bising seperti dalam tren dan sebagainya.

Ia juga menggunakan teknologi yang membolehkan panggilan didengarkan dengan baik tanpa masalah lagging.

OPPO juga mengatakan fon telinga nirwayar ini bertahan selama 25 jam dengan charging case pada tahap penuh. 

Enco X boleh bertahan selama empat jam sekiranya tetapan keempat ANC digunakan.

Ia juga mesra pengguna bermakna anda boleh menekan beberapa butang untuk mengaktifkan mod.

Enco X akan hadir dalam warna hitam dan putih manakala ketibaannya di pasaran Malaysia akan diumumkan tak lama lagi.