MPL Malaysia: Suhaz EVOS tumpaskan RSG 2 – 0

By Hazril Md Nor | March 14, 2021

Perlawanan antara Suhaz EVOS dan RSG hari ini sangat dinanti-nantikan kerana prestasi kedua-dua pasukan adalah cemerlang daripada kejohanan terdahulu. 

Namun, terbukti Suhaz mempunyai kelebihan dari segi misteri dan membuat keputusan.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Pada perlawanan pertama, kelihatan Suhaz sangat selesa dengan keserasian mereka dan pemilihan Mathilda untuk D Ace. Beliau banyak kali memperlahankan farming Leixia dan sering membuat rotasi dengan kerap. Ini membantu RSG untuk bermain dengan lebih agresif.

Malah, pemilihan Khaleed untuk Hyhy, Yi Sun Shin untuk Box juga membantu Suhaz EVOS boleh rotasi dengan cepat dan melihat apa yang berlaku dalam peta. Vale pula dipilih untuk membuat surprise attack bagi pemain RSG seperti Benedetta.

Box yang cemerlang dengan Yi Sun Shin berjaya menerima tiga kategori dan paling banyak damage berbanding ahli lain. Mathilda tank oleh D Ace juga menerima paling banyak damage tapi berbaloi.

Seperti yang diagak, Box menerima MVP kerana prestasi yang baik sebagai YSS dengan KDA 4-0-7.

PERLAWANAN KEDUA

Pada perlawanan kedua pula, pemilihan Baxia oleh D Ace membantu Suhaz membuat rotasi dengan pantas. Hyhy pula walaupun tidak menggunakan Chou tapi masih mempamerkan prestasi baik ketika game kedua ini.

Sementara itu, AJ menggunaka Vale berjaya menggunakan ultimate dengan baik dan kena pada masa.

Box sentiasa cemerlang sebagai hyper carry dan menerima dua kategori. D Ace sebagai tank juga menerima dua kategori.

Hyhy pula mendapat MVP kerana prestasi yang ditunjukkan.

Lihat bagaimana AJ melakukan ultimate untuk menangkap Leixia dan Logan pada saat penting (sebelum Lord).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

MPL Malaysia musim ketujuh mengumpulkan 10 pasukan terbaik negara bertanding selama lapan minggu.

Ini adalah kali pertama Malaysia mempunyai liga Mobile Legends sendiri selepas perpisahan daripada Singapura dulu.