Police Sentri – permainan video kejar mengejar dari studio tempatan

By Hazril Md Nor | March 15, 2021

Satu permainan video yang diilhamkan oleh permainan ketika kanak-kanak “Polis entry one two jaga.. Polis mati.. Pencuri jaga” sudah pun dilancarkan dalam fasa beta terbuka di Android dan PC.

Menerusi laporan Aksiz, pembangun permainan video ini adalah dari studio tempatan, Studio Kamii.

Police Sentri boleh memuatkan sehingga lapan orang pemain. Dua pasukan iaitu pencuri dan polis akan bersaing yang mana tugas polis adalah meletakkan pencuri dalam penjara tapi pencuri juga boleh menyelamatkan kawan mereka.

Terdapat juga ciri menarik seperti pencuri boleh menyamar jadi polis untuk elak diragui.

Sumber: Aksiz