MPL Malaysia: “Guna Fanny sebab sekarang bukan meta ‘lock’ hero” – Xorn

By Hazril Md Nor | March 21, 2021

Pemain Geek Fam, Zul Hisham Mohd Noor atau Xorn mengatakan pemilihan Fanny dalam perlawanan ke atas Red Esports semalam disebabkan tiada hero yang boleh mengunci pergerakannya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dalam perlawanan pertama minggu kedua Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia) musim ketujuh itu, Geek Fam bukan saja menukar lineup mereka dengan memasukkan Maima, Panda dan Nellbie malah mengambil langkah berani untuk Xorn.

“Itu memang kami punya strategi, senjata rahsia.

“Kebanyakan meta sekarang tak banyak yang boleh kunci pergerakan hero. Selepas berbincang dan kami memutuskan untuk guna Fanny dalam perlawanan tersebut. Cuba kelainan,” katanya dalam satu video temubual bersama Aiman “Laphel”.

Pada perlawanan semalam juga, Geek Fam berjaya mendapatkan skor 2-0 ke atas Red Esports. 

Seperti juga Todak MLBB, Geek mempunyai senjata rahsia dengan bilangan pemain yang bertambah. Tapi buat masa ini mereka belum memasukkan dua pemain Indonesia, Heyden dan Lilbee.

Hari ini mereka akan bertarung ke atas skuad RSG MY pada jam 5 petang nanti.

Foto: NimoTV