MPL Indonesia: Alter Ego terciduk, giliran Onic Esports tawan kubu AE kali ini 2-0

By Editorial team | March 21, 2021

Kekalahan yang dialami Alter Ego di tangan EVOS Legends semalam nampaknya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap permainan pada hari ini. Celiboy the miracleboy ternyata tidak dapat mengharapkan miracle semata-mata untuk terus mengekalkan momentum mereka pada kali ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Onic Esports sangat agresif pada awal permainan, mereka berjaya mendapatkan turtle dan rotasi yang dilakukan sangat membantu untuk mereka mendahului skor sebanyak 7 kill. Pada minit ke-5, jurang gold kedua-dua pasukan sudah mencapai enam ribu. 

Alter Ego dilihat tidak bersedia untuk menerima asakan yang tidak henti-henti oleh Onic Esports. Segala peluang farming yang ada untuk Alter Ego habis dirampas Onic, menyebabkan mereka hanya mampu bertahan untuk tidak memberikan kemenangan lagi terhadap Onic.

Lord yang pertama diambil pada minit ke-10 oleh Sanz dan terus dibawa untuk pushing. Alter Ego yang menghadapi kekurangan level dan gold hanya mampu berserah untuk menerima kekalahan.

Skor di akhir permainan menjadi tanda tanya buat peminat Alter Ego. Mungkinkah pasukan Alter Ego menghadapi kesulitan setelah winrate mereka dipecahkan oleh EVOS Legends semalam? Selain itu, prestasi Celiboy juga dilihat menjadi persoalan setakat ini, beliau yang sering menyerlah pada perlawanan sebelum ini seolah-olah tidak berupaya untuk meneruskan momentum. 

PERLAWANAN KEDUA

Berbeza dengan perlawanan pertama, kedua-dua pasukan adalah setaraf di dalam kadar farming dan pengawalan peta. Selang beberapa minit di dalam permainan, turtle yang pertama berjaya diambil oleh Celiboy akan tetapi beliau terkorban gara-gara dikejar Jawhead yang dimainkan oleh Kiboy.

Perlawanan di turtle yang ketiga berpihak kepada pasukan Onic Esports setelah turtle berjaya didapatkan oleh Sanz. Ultimate yang dikeluarkan oleh Drian yang bermain sebagai Kagura ternyata berupaya mengubah keadaan teamfight tersebut berpihak kepada Onic. Selain itu, Butsss juga meluru masuk ke dalam teamfight untuk membantu pasukannya untuk menyekat Ahmad, Udil dan juga Celiboy.

Celiboy sering membuat kesilapan untuk mendapatkan solo kill yang menyebabkan beliau terkorban, Leomurphy dan PAI yang cuba membantu turut terkorban menyebabkan Onic Esports mendapatkan Lord yang pertama. Pushing bersama Lord bagaimanapun tidak berjaya untuk mendapatkan turret di bahagian dalam base Alter Ego.

Pada minit ke-14, Celiboy telah membuat kesilapan sekali lagi di mana beliau cuba untuk solo kill Drian namun reaksi pantas oleh Drian dan ahli pasukan Onic yang lain berjaya membunuh beliau. Seterusnya, Lord diambil sekali lagi tanpa sebarang gangguan oleh pasukan Alter Ego. 

Akan tetapi kesilapan yang dilakukan oleh Kiboy yang menggunakan Jawhead telah menggagalkan pasukannya untuk menang. Beliau telah menggunakan ultimate ke atas Celiboy yang sedang berlari ke arah fountain. Immortality telah dibazirkan dan nyawanya turut terkorban.

Onic Esports akhirnya memenangi perlawanan kedua setelah Sanz berjaya mendapatkan triple kill di minit akhir permainan. Dengan 92 ribu damage menggunakan Granger, Sanz sememangnya mempamerkan corak permainan yang sangat cemerlang untuk menundukkan pasukan Alter Ego kali ini.