Kosmetik Dalam PUBG Memberi Kesan Kepada Gameplay? Betul Ke Ni?

By Hazril Md Nor | April 10, 2018

PlayerUnknown’s Battlegrounds memang adil dengan sistem loot box mereka, menawarkan pemain pilihan kosmetik untuk karakter dalam permainan. Tapi kita kena faham, idea untuk barangan kosmetik ini tak akan memberi efek kepada gameplay.

Tapi minggu lepas, PUBG Corp memfailkan saman ke atas NetEase, pencipta Rules of Survival dan Knives Out atas isu hakcipta (copyright) dan trademarks yang didapati dalam PUBG. NetEase dikatakan meniru beberapa elemen dalam PUBG dan dimasukkan ke dalam kedua-dua IP mereka.

Bukan sebab tu aje semua orang bercakap, tapi juga kenyataan dari PUBG Corp yang mengakui kosmetik dalam permainan memberi efek kepada perlawanan. 

“Pakaian boleh memberi efek kepada gameplay dari segi penyamaran (camouflage). Pakaian boleh bantu pemain untuk blend dengan persekitaran, membuatkan pemain lebih sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, PUBG mempunyai sut Ghillie, satu sut yang mempunyai bahan penyamaran digunakan oleh snipers. Sut itu juga membolehkan pemain menjadi hampir invisible mengikut muka bumi,”

Devloper terus menekankan dalam PUBG, pemain perlu ‘mengesan dengan mata’ pemain lain kerana kekurangan player indicator dalam permainan tembak-menembak. PUBG Corp. gunakan kenyataan ini dalam lawsuit untuk mengatakan Rules of Survival juga menggunakan ciri yang sama ditawarkan PUBG. Mereka juga merasakan rekaan visual kosmetik ini adalah hasil kerja yang perlu ‘dilindung’.

Tapi yang menjadi persoalannya, adakah loot kosmetik ini boleh memberi kesan kepada gameplay walaupun ia tak memberi tambahan buff kepada stats. PUBG juga didapati menjual loot crates yang mana pemain akan membayar harga tak terkira untuk kosmetik dalam perlawanan – jadi ada antara pemain yang memikirkan jika PUBG layak untuk disenaraikan dalam debat pay-to-win.

Sumber: Game Rant