Mod 50v50 Fortnite Akan Kembali Tak Lama Lagi

By Hazril Md Nor | April 11, 2018

Fortnite Battle Royale 50v50 kini akan kembali dalam masa terdekat tapi seperti yang korang tahu, ia adalah mod Masa Terhad.

Pengumuman itu didedahkan dalam permainan dan lebih menarik, akan ada versi ‘V2’ pada mod itu, yang dipercayai lebih baik berbanding sebelum ini.

2 pasukan yang dianggotai 50 pemain akan bertarung dalam mod yang mempunyai loot spawns lebih banyak dan kubu lebih besar. Selain itu, korang akan spawn dengan dua bas berlainan jadi ada banyak masa untuk koordinasi dan merancang strategi. Mod ini sebelumnya diperkenalkan di Game Awards. Ini adalah butiran yang korang perlu tahu untuk mod itu:

– Berpecah ketika bermula
– Bas untuk setiap pasukan 
– Lihat semua ahli pasukan dalam peta
– Lebih bantuan supply

Sumber: dailystar.co.uk