PMPL: “Team Secret dan EVOS VIP” – J Hunter

By Hazril Md Nor | April 22, 2021

Kuala Lumpur: Pengulas profesional PUBG Mobile, Azrul Anwar atau J Hunter memilih dua pasukan, Team Secret dan EVOS VIP yang akan mara ke peringkat Asia Tenggara Liga Profesional PUBG Mobile (SEA Finals S3).

Ketika ditanya kenapa memilih dua pasukan ini, Azrul berkata, ia berikutan tahap konsisten ditunjukkan.

“Team Secret sebab mereka dah jumpa formula atau kombinasi pemain yang boleh dapatkan kemenangan.

“Kedua, EVOS VIP sebab ikutkan prestasi keseluruhan, VIP agak konsisten (di peringkat liga),” katanya ketika dihubungi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Team Secret tidak dinafikan lagi pasukan pilihan bukan saja pengulas tapi juga peminat PUBGM kerana mereka sudah dua kali layak ke SEA Finals dan seterusnya bertanding di peringkat dunia.

Kehadiran ‘bocah ajaib’ uHigh juga banyak membantu pasukan itu lolos ke peringkat dunia. Tidak dilupakan dengan lineup baru TS yang merangkumi Fredo, iSh0tz, Jumper, uHigh dan pemain Thailand, Madtoi.

Bagi EVOS VIP pula, mereka raih tempat kesembilan di peringkat liga dengan bermain di tiga SuperWeekend.

Mereka juga mencatatkan prestasi yang lebih baik dari musim sebelumnya (di tempat ke-13 liga dan ke-13 di final).

Sementara itu, Dingoz MPX pula sudah layak ke SEA Finals kerana memenangi liga sebelum ini. Mereka akan bertanding di grand final PMPL MYSG untuk merebut hadiah wang tunai.

Sebanyak 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di Malaysia akan bertanding bermula esok hingga Ahad.

Peringkat Grand Final ini juga akan menyaksikan kemunculan semula Soloz dan Daddy Hood mengulas di hari pertama.

Jangan lupa saksikan siaran langsung di Facebook rasmi PUBG Mobile (MY) dan PUBG Mobile Esports Malaysia. Grand Final PMPL MYSG S3 ini juga boleh disaksikan di Youtube.