Maniac buat Orange Esports, kemenangan tujuh kali berturut-turut

By Hazril Md Nor | April 30, 2021

Pasukan Geek Fam memberikan saingan yang hebat kepada Orange Esports namun ia tidak mencukupi untuk menumbangkan mereka.  Malah, Orange Esports kini mencatatkan tujuh kali kemenangan berturut-turut dalam musim liga MPL MY musim ketujuh kali ini.

Mereka juga secara automatiknya layak ke upper bracket.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Pada perlawanan pertama, Geek Fam berjaya mendapatkan kemenangan pertama dengan draft yang lebih menarik.

Gabungan duo Bane dan Lunox juga membuahkan hasil kerana Geek Fam boleh bermain lebih agresif.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Di game kedua, giliran Orange Esports pula mengamuk apabila diberikan Lunox kepada Aim. Penggunaan Popol dan Kupa serta Kaja berjaya menyekat kemaraan Panda yang bermain sebagai Roger.

Pada game ketiga, di sinilah perubahan boleh disaksikan. Orange menggunakan Alucard yang kedua kali dibawa masuk ke MPL musim ini, dibantu dengan Angela dan kombo itu berjaya mematahkan strategi Geek Fam.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

MPL MY Musim Ketujuh berlangsung selama lapan minggu dan ini adalah minggu terakhir yang mana dua pasukan tercorot akan disingkirkan daripada layak ke playoffs.

Ia menawarkan hadiah terkumpul AS$100,000 (RM400,000) untuk direbut 10 pasukan yang bertanding.