Perlawanan akhir Free Fire World Series 2021 di Singapura pada 30 Mei ini

By Mike Hayate | May 12, 2021

Kuala Lumpur: Perlawanan akhir Free Fire World Series 2021 Singapore (FFWS 2021 SG) akan diadakan pada 30 Mei ini pada jam 9 malam waktu Malaysia.

Tarikh asal perlawanan ini telah ditukar akibat situasi pandemik sekarang ini. Play-Ins juga akan disambung pada 28 Mei juga pada masa yang sama jam 9 malam waktu Malaysia.

18 pasukan terdiri daripada 11 wilayah di dalam dunia akan berlawan untuk RM8 juta sebagai hadiah terkumpul. 

Jumlah ini merupakan jumlah terbesar untuk pertandingan Free Fire.

Pertandingan pertaruhan tinggi ini menyaksikan sembilan pasukan akan berlawan untuk mendapat tiga tempat kosong terakhir di Perlawanan Akhir. Tiga pasukan tersebut akan menyertai sembilan pasukan terawal yang telah layak untuk digelar Juara FFWS 2021 SG.

Pasukan dari India, Bangladesh, dan Pakistan malangnya tidak dapat hadir ke Singapura kerana sekatan perjalanan antarabangsa. Setelah hasil penat lelah usaha mereka, Free Fire tetap akan berkongsi sendiri hadiah terkumpul untuk ketiga-tiga pasukan tersebut.

Untuk maklumat lanjut anda boleh dapatkan informasi terkini di Facebook Garena Free Fire dan Youtube Free Fire Official.